Skip to main
Logo Malaysiakini

Wanita Melayu dedikasikan kedai dobinya untuk lindungi anjing liar

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Seorang wanita Melayu, tidak mengendahkan stigma masyarakat, ikhlas memberi makan dan menjaga anjing jalanan. 

Leah Rosli, 35, pemilik kedai dobi di Puchong, Selangor tetap dengan pendiriannya dan mengatakan Islam adalah agama yang mudah.

“Sebagai seorang Muslim, ia adalah tanggungjawab saya untuk melindungi anjing yang akan dibunuh.

"Agama saya tidak mengatakan bahawa saya harus memilih untuk menyelamatkan nyawa haiwan.

"Selain itu, proses samak juga mudah dilakukan kini kerana terdapat sabun dan tanah yang sedia terjual di pasaran,” katanya seperti dipetik laporan The Star Online.

Rumah perlindungan anjing jalanan

Proses samak merupakan kaedah penyucian diri berdasarkan syarak yang wajib dilakukan penganut Islam sekiranya menyentuh najis mughalazah, iaitu haiwan anjing dan babi.

Menurut Leah, kedainya juga telah dijadikan rumah perlindungan anjing jalanan.

Katanya, notis pemberitahuan mengenai anjing jalanan berkenaan digantung di pintu kedai bagi mengutamakan keselesaan pelanggannya.

“Saya sanggup kehilangan pelanggan, kerana keutamaan saya adalah untuk menyelamatkan anjing itu,” katanya.

Beliau juga turut meluahkan rasa bimbang terhadap penguatkuasa kerajaan tempatan yang sering menangkap anjing jalanan di kawasannya.

"Saya takut anjing-anjing itu akan ditangkap oleh Majlis Perbandaran.

“Sekiranya ini berlaku, saya mungkin tak dapat menahan perasaan saya," katanya.