Skip to main
Logo Malaysiakini

Lokman 'stress' sesi mengeteh bersama putera mahkota tak jadi

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Anggota Majlis Tertinggi Umno Lokman Adam mengumumkan hari ini suatu "sesi teh tarik" menampilkan empat putera mahkota akan diadakan, namun kira-kira sejam kemudian berkata majlis itu mungkin tidak akan menjadi kenyataan kerana "menerima beberapa panggilan telefon."

Lokman menyebarkan suatu poster menyatakan majlis yang dikatakan itu akan berlangsung di Melaka pada Isnin hadapan yang akan dihadiri empat putera mahkota dari Johor, Selangor, Pahang dan seorang lagi putera yang tidak dinamakan.

Beliau menjemput orang ramai hadir beramai-ramai pada majlis itu berkata mereka boleh berswafoto dengan putera mahkota berkenaan.

Bagaimanapun, sejam kemudian Lokman menghantar satu lagi maklumat di aplikasi Whatsapp menyatakan majlis itu tidak dapat dilangsungkan.

"Stress, baru je ingat nak mengeteh dengan 4 Putera Mahkota di Mahkota Parade Isnin ini, dah ada macam-macam panggilan telefon yang mereka terima.

"Nampak gaya tak kesampaian rakyat nak minum teh dengan Tengku Mahkota kita," katanya.