Skip to main
Logo Malaysiakini

Biar PM selesai 'perang' dengan istana, kata Zuraida

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Perbezaan pandangan antara Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan pihak istana telah merebak menjadi 'perang', kata Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin.

"Ia pada tahap yang berbeza, perang ini, saya katakan antara Dr Mahathir dan TMJ (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) serta pihak istana. Jadi biarkanlah,"

"Biar mereka selesaikan pada tahap mereka," katanya.

Justeru, kata Zuraida disebabkan "tahap yang berbeza itu", maka parti-parti PH, selain Bersatu masih belum tampil ke hadapan membela Dr Mahathir dalam pertelagahannya dengan istana Johor.

Hal ini dijelaskan oleh menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu ketika wawancara bersama pemberita di KLIA2 sempena sambutan setahun pentadbiran PH.

"Saya rasa perbalahan antara TMJ dan Dr Mahathir itu pada tahap yang lain. Jadi saya tidak fikir kami (parti-parti dalam PH) patut ikut campur.

"Biar Dr Mahathir menangani Sultan (Ibrahim Sultan Iskandar) dan apabila tiba masanya, kami akan menangani sultan," katanya lagi.

Mahathir dan pihak istana Johor baru-baru ini tidak bersetuju dalam beberapa hal, antaranya perjanjian Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), pelantikan menteri besar dan rombakan exco negeri.

Mahathir menegaskan cuma rakyat yang boleh menentukan siapa yang mereka pilih sebagai perdana menteri selepas Tunku Ismail dirakam bertitah: "Baik tukar perdana menteri."

[Baca berita penuh]