Skip to main
Logo Malaysiakini

Jomo: Populisme berasas kaum bahaya untuk negara

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Pakar ekonomi Prof Jomo Kwame Sundaram menyatakan kebimbangan terhadap kebangkitan populisme berasas kaum (ethno populism) dalam kerjasama Umno dan PAS yang disifatkannya boleh membahayakan negara.

Penasihat kanan Khazanah Research Institute itu berkata demikian dalam forum pasca PRU14 yang diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini.

Sebagai contoh katanya, pemimpin Umno seperti Annuar Musa pernah mengatakan bahawa Islam membenarkan dan menggalalakkan semangat asabiyah, manakala pemimpin lain pula mentafsirkan asabiyah sebagai semangat berpuak.

"Jadi, kamu ada dua pandangan berbeza yang seolah-olah digabungkan dalam perikatan baru," kata Jomo, yang juga anggota Majlis Penasihat Kerajaan (CEP).

"Ini adalah cabaran yang dihadapi kita untuk para pemimpin, terutamanya bagi pemimpin Islam untuk menunjukkan jalan ke hadapan dan menggalakkan semua umat Islam dan pemimpin untuk bercakap benar," katanya.

Begitu juga, katanya, beberapa negara lain juga menggunakan semangat populisme kebangsaan sedemikian dengan mensasarkan umat Islam.

"Lebih banyak ahli politik (di luar negara) menggunapakai dan menunggang cara etno-populis," katanya.