SKMM nafi dakwaan intip telefon individu tertentu
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan dakwaan kononnya telefon milik individu tertentu dipantau dan diintip pihak berkuasa di negara ini.
SKMM dalam satu kenyataan hari ini, menegaskan dakwaan itu adalah palsu dan tidak benar sama sekali.
"Sebagai satu badan yang mengawal selia dan membangunkan industri komunikasi dan multimedia, SKMM tidak memantau mahupun mengintip perkara dimuatkan oleh pengguna aplikasi WhatsApp," kata kenyataan itu.
Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah percaya atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih kerana ia berupaya menimbulkan kekeliruan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai