Skip to main
Logo Malaysiakini

PM: Saya tak sampai ke tahap Trump lagi

Artikel ini sudah 6 tahun diterbitkan

WAWANCARA | Selepas setahun mentadbir negara sebagai perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad enggan meletakkan penilaian terhadap pencapaiannya kerana baginya penghargaan perlu datang daripada orang ramai.

Bagaimanapun, Mahathir berkata beliau masih belum sampai ke tahap Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan para pemimpin lain di negara Eropah.

"Saya masih rasa kuat walaupun usia sudah mencapai 93 tahun, tidak ramai orang berusia 93 tahun masih dapat lagi berfikir. 

"Saya masih berupaya menjawab soalan nakal (dari media).

"Setakat yang saya tahu, saya tidak fikir saya sampai ke tahap Trump, saya tidak fikir saya sampai ke tahap pemimpin Inggeris atau pemimpin Perancis yang perlu menghadapi (gerakan protes) Baju Kuning dan pemimpin Sepanyol yang perlu menangani tuntutan pemisahan wilayah," katanya pada wawancara khas bersama media di Putrajaya pada 6 Mei lalu sempena ulang tahun pertama pentadbiran PH.

Ketika ditanya mengenai kedatangan bulan Ramadan, Dr Mahathir berkata beliau tidak ada masalah dalam menjalani ibadah puasa.

"Saya tak makan banyak. 

"Malah kalau saya tidak makan, saya tidak rasa apa-apa. Jadi ibadah puasa bukanlah masalah buat saya," katanya lagi.