Mesyuarat M'sia-S'pura mengenai sempadan capai kata sepakat
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Malaysia-Singapura mengenai Perbatasan Sempadan Maritim yang diadakan di sini pada Isnin mencapai kejayaan, menurut Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.
Mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Luar Malaysia (MOFA), M Shahrul Ikram Yaakob, dan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura, Chee Wee Keong, menurut kementerian dalam laman Facebooknya hari ini.
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan pada 14 Mac, Malaysia dan Singapura akan melaksanakan lima cadangan untuk menyelesaikan isu-isu maritim melibatkan had pelabuhan kedua-dua negara.
Kedua-dua negara bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa untuk memastikan pelaksanaan empat cadangan pertama dalam tempoh satu bulan, dan bahawa rundingan untuk perbatasan sempadan maritim di kawasan itu akan bermula dalam tempoh satu bulan selepas pelaksanaan sedemikian.
Sekiranya jawatankuasa itu tidak dapat mencapai penyelesaian secara aman mengenai perbatasan, Malaysia dan Singapura mungkin bersetuju secara bersama untuk menggunakan prosedur melalui pihak ketiga antarabangsa bagi penyelesaian mengikut terma-terma yang dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak.
Bermula 8 April, Malaysia dan Singapura masing-masing menggantung pelaksanaan had pelabuhan yang bertindih dan menggunakan had pelabuhan yang berkuatkuasa, masing-masing sebelum 25 Oktober 2018 dan 6 Disember 2018.
Tutut menghaduiri Mesyuarat tersebut ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Zainol Rahim Zainuddin; Ketua Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Maritim, Kementerian Luar Malaysia, Dr Adina Kamarudin; dan wakil dari pelbagai agensi di Malaysia dan Singapura.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai