Skip to main
Logo Malaysiakini

Presiden CAP SM Mohd Idris meninggal dunia

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia, SM Mohamed Idris, meninggal dunia hari ini akibat serangan jantung. Allahyarham berusia 93 tahun.

Beliau sebelum ini dimasukkan ke hospital kerana kesukaran bernafas.

SM Mohamed menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.45 petang di sebuah hospital swasta di Gleaneagles, Pulau Pinang. Allahyarham meninggalkan empat orang anak perempuan.

Semasa hayatnya, beliau lantang terhadap kedua-dua pemerintahan sama ada BN mahupun Pakatan Harapan.

Antara kritikannya, termasuk membidas projek-projek mega negeri seperti Rancangan Induk Pengangkutan Pulau Pinang dan Penambakan Selatan Pulau Pinang.