60 kontena sampah plastik akan dihantar kembali ke negara asal
Enam puluh kontena mengandungi 3,000 metrik sampah plastik yang diseludup ke Malaysia akan dihantar kembali ke negara asal, kata Yeo Bee Yin.
Beliau yang merupakan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim mengumumkan perkara itu ketika operasi bersepadu di Pelabuhan Klang hari ini.
Yeo berkata notis akan dihantar ke syarikat logistik untuk mengembalikan sampah plastik itu ke tempat asal dalam masa 14 hari.
“Pengeksport asal akan menanggung kos penghantaran,” katanya lagi.
Operasi bersepadu itu turut menemui sembilan kontena sampah plastik.
Sehingga hari ini, beliau berkata sebanyak sepuluh operasi telah dijalankan di Pelabuhan Klang dan 123 kontena diperiksa.
Operasi tersebut akan turut dibuat di pelabuhan lain, kata Yeo, yang menyifatkan pihak yang membantu menyeludup sisa plastik ke Malaysia sebagai pengkhianat kepada persekitaran alam.
Katanya lagi, penyeludupan sampah plastik itu dibuat antaranya menggunakan alasan ia akan dikitar semula di sini.
"Kami menganggap rakyat Malaysia yang mengimport sampah ini sebagai pengkhianat terhadap negara.
“Oleh itu mereka harus dihentikan dan dibawa ke muka pengadilan," katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai