Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilapor bergerak perlahan setakat 10.30 pagi ini, berikutan orang ramai mula pulang ke kampung halaman bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata aliran trafik dilaporkan perlahan dari Slim River menuju Sungkai, Perak.
Aliran trafik juga dilaporkan tinggi dari Tapah menuju ke Gua Tempurung, Perak.
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah juga dilapor lancar setakat ini.
"Trafik perlahan sebelum masuk Plaza Tol Gombak, ke terowong Genting Sempah serta Bukit Tinggi ke Lentang,” katanya.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai