Gangguan bekalan air di Klang pulih sepenuhnya
Bekalan air di semua kawasan di Klang yang terjejas sejak kelmarin berikutan insiden paip utama pecah di Setia Alam di Shah Alam, telah pulih sepenuhnya hari ini.
Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata, pihaknya menjalankan pemantauan berterusan termasuk bacaan tekanan pada sistem sistem agihan.
"Hasil pemantauan dan bacaan itu mendapati bekalan air di semua kawasan yang terjejas ekoran insiden paip pecah di Setia Alam sudah pulih sepenuhnya.
"Kami berterima kasih kepada semua pihak terutama pelanggan atas kerjasama sepanjang tempoh gangguan dan pemulihan bekalan ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata status terkini mengenai gangguan bekalan air tidak berjadual itu akan dikemas kini dari semasa ke semasa dan pengguna boleh merujuk laman sesawang www.syabas.com.my atau menerusi aplikasi Air Selangor di telefon bimbit serta laman Facebook agensi itu untuk mendapatkan maklumat lanjut.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai