Skip to main
Logo Malaysiakini

Trafik perlahan di lebuh raya utama petang ini

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat 5.30 petang ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata trafik perlahan dari Seremban ke Hentian Senawang, Yong Peng ke Ayer Hitam dan Simpang Renggam ke Ayer Hitam.

"Trafik juga sesak dari Tanjung Malim ke Behrang, Slim River ke Sungkai, Bidor ke Gopeng dan Ipoh menuju Jelapang," katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik perlahan sebelum masuk ke Plaza Tol Gombak serta di Terowong Genting Sempah menuju ke pantai timur.

“Aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah dilapor lancar.” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

- Bernama