Suspek serangan masjid di New Zealand mengaku tak bersalah
GLOBAL | Warga Australia, Brenton Tarrant mengaku tidak bersalah melakukan pembunuhan beramai-ramai di dua masjid di bandar Christchurch, New Zealand, lapor agensi berita Sputnik yang memetik media tempatan pada Jumaat.
Perbicaraan kes itu dijadual pada 4 Mei 2020.
Tarrant tidak hadir di Mahkamah Tinggi Christchurch, sebalikya muncul menerusi persidangan video dari penjara berkeselamatan tinggi di Auckland, demikian menurut laporan Stuff.
Tarrant berdepan 51 pertuduhan melakukan pembunuhan dan 40 pertuduhan cubaan membunuh, selain terlibat dalam serangan pengganas.
Mahkamah mengarahkan Tarrant ditahan sehingga 17 Ogos sehingga kes didengar semula.
Laporan mengatakan kira-kira 80 waris mangsa hadir pada sesi pendengaran kes itu pada Jumaat.
Serangan di Christchurch 15 Mac lalu meragut 51 nyawa, manakala puluhan lagi cedera.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai