Skip to main
Logo Malaysiakini

Umno jual 11% saham Media Prima pada Syed Mokhtar

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Umno dilapor telah menjual 11.09 peratus pegangannya dalam Media Prima Bhd kepada taikun perniagaan Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Umno mempunyai 123.02 juta unit saham melalui Gabungan Kesturi Sdn.

Sementara itu Bernama melaporkan saham syarikat berkenaan - yang menguasai sebahagianrangkaian akhbar dan stesen TV swasta di negara ini - merosot setengah sen kepada 48 sen seunit pada tengah hari tadi.

Hal itu berlaku susulan laporan bahawa Umno menjual 11.09 peratus kepentingannya dalam syarikat itu kepada Syed Mokhtar.

Saham kumpulan media terbesar di Malaysia itu dibuka 1.5 sen lebih tinggi kepada 50 sen pada 9 pagi. Pada tengah hari, 1.45 juta saham bertukar tangan.

Memetik data Bloomberg, The Edge Financial Daily melaporkan transaksi saham itu membabitkan satu blok bernilai RM73.81 juta.