Skip to main
Logo Malaysiakini

Isu Batu Puteh: Annuar mahu parlimen perbetul kenyataan Marzuki

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Annuar Musa (BN- Ketereh) mendakwa Timbalan Menteri Luar, Marzuki Yahya telah mengelirukan Dewan Rakyat apabila mendakwa Putrajaya masih komited dalam meneruskan kes Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

"Semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada 2 Julai, timbalan menteri itu berkata kerajaan akan merayu penghakiman mengenai kes Pulau Batu Puteh.

"Tetapi dia menafikan membuat kenyataan itu pada hari berikutnya," katanya kepada media di lobi Parlimen.

Annuar berkata anggota parlimen pembangkang akan menulis surat kepada Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof untuk memerintahkan agar kenyataan Marzuki dalam hansard dipadamkan.

Jika Dewan Rakyat enggan berbuat demikian, beliau berkata pembangkang akan mengemukakan usul agar Marzuki dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.