Skip to main
Logo Malaysiakini

Video seks: Haziq, lima lagi direman

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Haziq Abdullah Abdul Aziz direman enam hari bagi membantu siasatan kes video seks sejenis yang dikaitkan dengan menteri ekonomi Azmin Ali.

Lima orang lagi direman pagi ini selepas ditangkap malam tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman Huzir Mohamed berkata perintah reman itu diperoleh dari Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi ini.

Keenam-enam mereka direman bagi membantu siasatan bawah Seksyen 292A Kanun Keseksaan, katanya.

Seksyen itu berkaitan pengedaran bahan lucah yang jika sabit kesalahan boleh dihukum sehingga tiga tahun penjara, denda atau kedua-duanya.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador semalam berkata dalang di sebalik pembikinan dan penyebaran video seks yang dikaitkan dengan seorang menteri telah dikenal pasti.

Haziq mengaku menjadi pelaku dalam video itu tetapi Azmin menafikan beliau terlibat.

[Baca berita asal]