Skip to main
Logo Malaysiakini

Sains, Matematik tidak diteroka dalam bahasa Melayu - Dr M

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menggesa rakyat Malaysia mengenepikan 'perasaan kebanggaan' dan menerima kaedah pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

"Sebab itu saya berpendapat bahawa perasaan kebangsaan kita mungkin mendorong kita untuk kekalkan bahasa kita, tetapi kalau kita jadi orang tidak berilmu, bangsa kita dan bahasa kita tidak akan berkembang maju," katanya ketika sesi soal jawab menteri di parlimen hari ini.

Mahathir berkata, ilmu seperti Sains, Matematik, teknologi maklumat (IT) dan Kecerdasan Buatan (AI) diterokai dalam bahasa Inggeris.

"Sains and Matematik bukanlah sesuatu yang diterokai dalam BM, sebaliknya ia diusahakan oleh orang berbahasa lain. Kalau kita tak faham the language, agak sukar terjemah into BM," katanya.

Berkenaan PPSMI, Mahathir berkata Kementerian Pendidikan sedang mengkaji secara terperinci pelaksanaan semula dasar ini dengan menyediakan sistem baru menggunakan pengajaran melalui IT.

[Berita penuh menyusul]