Skip to main
Logo Malaysiakini

Dr M bentang RUU turun had umur mengundi kali kedua

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad membentangkan pindaan perlembagaan untuk menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menggesa anggota Dewan Rakyat, terutama pembangkang memastikan pindaan itu diluluskan dengan sokongan lebih dua pertiga majoriti bagi mencipta sejarah baru di Malaysia.

Katanya, kerajaan menjangkakan jumlah pengundi akan meningkat lebih 50 peratus kepada 22.7 juta pada 2023 berbanding 14.9 peratus pada pilihan raya umum 2018.

Selain mengurangkan umur mengundi kepada 18 tahun, rang undang-undang itu juga meliputi pendaftaran pengundi automatik.

Kerajaan juga berusaha mengurangkan had umur anggota yang dipilih dalam Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri daripada 21 kepada 18 tahun.

Seramai 58 anggota parlimen dijangka mengambil bahagian dalam perbahasan di peringkat dasar (bacaan kali kedua) hari ini.