Masjid di Perlis anjut solat gerhana bulan serentak pagi esok
Lima belas masjid di kesemua 15 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis akan mengadakan solat sunat gerhana bulan serentak bermula 4 pagi esok.
Menurut kenyataan Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs), bagi DUN Titi Tinggi, solat akan diadakan di Masjid Al-Azim, Titi Tinggi; DUN Beseri (Masjid Al-Ehsan) Kampung Darat; DUN Chuping (Masjid Al-Husna) Batu Bertangkup; DUN Mata Ayer (Masjid Ibnu Sina) Kampung Perawah, Tok Kayaman.
DUN Santan (Masjid Al-Ghofur) Padang Lati; DUN Sena (Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail); DUN Indera Kayangan (Masjid Alwi); DUN Bintong (Masjid Nurul Iman) Nesam Kurung Batang; DUN Kuala Perlis (Masjid Al-Hussain); dan DUN Kayang (Masjid Jamek) Binjal, Utan Aji.
Bagi DUN Pauh di Masjid Negeri Arau; DUN Tambun Tulang (Masjid Al-Furqan) Kampung Sentua; DUN Guar Sanji (Masjid Al-Barakah) Jelempok; DUN Simpang Empat (Masjid Al-Ilmi) Sungai Berembang; dan DUN Sanglang (Masjid Datuk Jaafar Hassan) Sungai Padang.
Kenyataan itu turut meminta umat Islam supaya menyertai solat sunat tersebut dan mendengar khutbah khas gerhana bulan oleh khatib jemputan selepas selesai solat.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai