Akuan Bersumpah Anwar dapat sokongan dua pertiga palsu
Akuan Bersumpah yang mengatakan Presiden PKR, Anwar Ibrahim memiliki sokongan dua pertiga untuk menjadi Perdana Menteri adalah palsu.
Penafian itu dibuat oleh salah seorang pembantu Anwar ketika dihubungi Malaysiakini.
Akuan Bersumpah palsu bertarikh 3 Julai itu menyebut bahawa Anwar sedang menunggu nasihat Yang di-Pertuan Agong bagi peralihan kuasa memandangkan beliau mendapat sokongan dua pertiga untuk menggantikan Dr Mahathir Mohamad.
Ia juga mengatakan bahawa presiden Bersatu Muhyiddin Yassin akan dilantik sebagai timbalan perdana menteri.
Sebelum ini Muhyiddin dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menafikan menandatangani akuan bersumpah mengumumkan sokongan untuk Anwar bagi mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Mahathir.
Mahathir berjanji menyerahkan tugasnya kepada Anwar, walaupun tidak ada tempoh masa ditetapkan.
Kedua-dua mereka sering menyebut mengenai pelan peralihan kuasa itu sejak Pakatan Harapan menumbangkan BN pada pilihan raya umum 2018.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai