Skip to main
Logo Malaysiakini

3 Orang Asli Temiar ditangkap - 'Tempur dengan pembalak'

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Tiga Orang Asli suku Temiar ditahan di sekatan di Kampung Sungai Papan, Gerik, Perak selepas 'suatu pertempuran' dengan pembalak, kata Penyelaras NGO Center for Orang Asli Concerns, Dr Colin Nicholas.

"Mereka ditangkap polis dan dibawa ke IPD Gerik," kata Colin ketika dihubungi oleh Malaysiakini.

COAC pada hantaran Facebook terdahulu berkata penduduk kampung melaporkan pembalak dengan bantuan polis telah merobohkan sekatan masyarakat Temiar itu.

Menurut COAC, sekumpulan wakil suku Temiar telah bertemu dengan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Perak dan seorang pegawai Jabatan Perhutanan Perak.

Bagaimanapun, kata COAC, wakil Temiar itu cuma diberikan penjelasan yang tidak memuaskan bahawa permit pembalakan merupakan "dokumen rahsia" yang tidak boleh didedahkan.

[Baca berita penuh]