Skip to main
Logo Malaysiakini

Tiada masa untuk pertengkaran dalaman - Dr Mahathir

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

ULASAN l Tetap berdiri walaupun dipisahkan, bersatu ketika jatuh. Pembukaan ayat novel fiksyen tetapi realistik “Romance of Three Kingdoms” di China bermula dengan; all that which unite,shall eventually divide, all that which divide, shall ultimately unite.

Politik, boleh digambar di dalam permainan kerusi berirama, di mana sesiapa yang tidak mempunyai kerusi, akan berdiri malu dan terdedah.

Berdasarkan Max Weber, seorang tokoh sosiologi yang unggul pada abad ke-19, politik boleh ditakrifkan sebagai satu kerjaya. Dalam erti kata lain, ia merupakan satu terma yang bukan sekadar mencari keuntungan relatif, tetapi ia berfungsi untuk memperbaiki dan menyusun atur masyarakat.

Seseorang pemimpin boleh berbakti kepada masyarakat dengan sifat karisma, autoriti yang rasional, dan satu sistem pengurusan kerajaan yang berlandaskan struktur birokasi dan undang-undang.

Walaupun politik sering didefinasikan sebagai “art of the impossible” di mana hubungan kawan hanya bersifat sementara dan semuanya asyik mengejar kepentingan sendiri. Namun, politik mempunyai dimensi menyeluruh dan bersifat altruistik.

Malaysia harus mempunyai azam yang tinggi untuk mencapai apa yang telah disaran oleh Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohammad agar Pakatan Harapan dapat berjuang bersama dan bertindak sebagai satu entiti dalam menuju ke arah matlamatnya.

Setiap mandat pilihan raya merupakan satu ujian untuk melihat sama ada seseorang dapat mentadbir negara dengan baik, dan ia bukan sesuatu yang bergantung kepada nasib.

Lima trend merisaukan

Terdapat lima trend yang merisaukan dan berkemungkinan akan membawa impak signifikan kepada Malaysia. Pertama, Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) tidak dapat diselesaikan pada tahun ini disebabkan isu-isu yang membelenggu perjanjian perdagangan.

Sekatat ini, hanya 30 sehingga 40 peratus daripada isu-isu tersebut dapat diselesaikan. Sementara itu, India masih percaya bahawa konsesi yang selanjutnya daripada New Delhi akan mengakibatkan kebanjiran barangan subsidi China di pasaran India. Oleh itu, RCEP tidak boleh diteruskan buat masa sekarang.

Kedua, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka akan mengalami pertumbuhan dari 4.1 peratus kepada 4.4 peratus pada tahun depan, tetapi pertumbuhan ekonomi ini tetap tidak memberangsangkan.

Ekonomi China, dijangka akan meningkat kepada 6.2 peratus namun ia mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang paling rendah selepas China telah membuka ekonominya kepada perdagangan luar. Dengan ini, walaupun Malaysia dapat mengeksport buah durian ke pasaran China, tetapi ekonomi China tidak mencukupi untuk membantu ekonomi Malaysia, terutamanya dari segi industri minyak sawit ataupun industri rumah yang berhadapan dengan masalah lebihan unit di Malaysia.

Ketiga, ketegangan konflik dagangan antara China dan Amerika telah menular kepada konflik dagangan serantau antara Jepun dan Korea Selatan. Terdapat sekurang-kurangnya tiga komponen yang tidak boleh dieksport dari Jepun ke Korea Selatan dan ini melemahkan sektor eksport dan pertumbuhan ekonomi bagi Korea Selatan.

Pertengkaran ibarat bunuh diri

Apabila Jepun dan Korea Selatan terperangkap dalam perang dagangan ini, Persatuan Negara Asia Tenggara (ASEAN) akan terjejas secara tidak langsung. Maka, dalam erti lain, “New Southern Policy” yang digagas oleh Presiden Moon Jae akan menghadapi cabaran yang serius walaupun terdapat duta baru telah diperkenalkan ke dalam persatuan serantau ini.

Kelima, semua kuasa besar ekonomi dunia sedang ke arah transformasi digital, tetapi Malaysia masih ketinggalan dan tersekat dalam Go Grab. Go Grab telah diambil alih oleh Singapura. Kini, Indonesia sudah ada empat Unicorns dan transaksi perdagangan digital Indonesia telah mencapai AS$27 billion setahun dan berpotensi untuk mencapai AS$300 billion setahun.

Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK) Indonesia telahpun melebihi AS$1 trillion. Justeru, Malaysia perlu berusaha tiga gali ganda atau lebih agar dapat setanding atau tidak kurang daripada Indonesia. Usaha Malaysia ini juga penting untuk membantu mereka mewujudkan bandar baru sepertimana yang pernah dilaksanakan ke atas Putrajaya pada 20 tahun lepas.

Tanpa semangat perpaduan yang kental, Pakatan Harapan akan bertemu kebuntuan teknikal dalam pilihan raya 2023 yang akan datang. Kembalinya golongan kleptokrat Umno dan PAS ke dalam badan kerajaan tidak dapat dielakkan jika pertengkaran berlanjutan.

Dalam usaha merealisasikan impian menjadi “Asian tiger”, Pakatan Harapan tidak boleh bertengkar antara satu sama lain dalam apa-apa bentuk, mahupun antara parti, di dalam parti, antara Pakatan ataupun di dalam Pakatan.

Pertengkaran dalaman boleh diumpamakan sebagai satu perbuatan bunuh diri dengan ribuan tikaman. Ini adalah nasihat baik daripada Dr Mahathir kepada PKR serta Bersatu dalam Perhimpunan Agung Khas Bersatu kelmarin.


DR RAIS HUSSIN ialah presiden dan ketua pegawai eksekutif badan pemikir berfokuskan penyelidikan dasar berteraskan data, Emir Research. Ia ditunjangi nilai-nilai konsultansi, kesederhanaan dan kerapian.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.