Skip to main
Logo Malaysiakini

20 senator tak hadir RUU Undi 18: Minta maaf atau letak jawatan - Kit Siang

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata 20 senator yang tidak hadir dalam pengundian Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 di Dewan Negara perlu memaklumkan sebab ketidakhadiran mereka.

Ahli Dewan Negara itu juga, kata Kit Siang patut memohon maaf jika tiada alasan munasabah untuk berbuat demikian atau meletakkan jawatan.

"Setiap seorang daripada 20 senator yang tidak hadir dalam undi bersejarah dalam pindaan perlembagaan menurunkan usia minimum pengundi dari 21 hingga 18 tahun pada Khamis, harus menjelaskan ketidakhadiran mereka, memohon maaf atas cuti tanpa sebab yang sah atau meletak jawatan sebagai senator,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata undi itu mungkin boleh menjadi sumbangan penting para senator terhadap negara dan ketidakhadiran mereka merupakan “suatu pengabaian besar terhadap kewajipannya” (gross dereliction of duty).

Pada 16 Julai, Dewan Rakyat meluluskan rang undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan umur minimum pengundi kepada 18 tahun.

Rang undang-undang itu telah diluluskan setelah mendapat 211 undi daripada 222 ahli parlimen, dan tidak ada yang membantah.

Pada 25 Julai, pindaan itu juga telah diluluskan oleh Dewan Negara oleh 70 orang ahlinya.

Pindaan tersebut memperoleh sokongan 47 daripada 68 ahli Dewan Negara iaitu melebihi dua pertiga undian majoriti yang diperlukan, selepas 24 senator mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.

Daripada 20 yang tidak hadir, tiga daripadanya dari Pakatan Harapan, dan Upko.

Sementara yang lain merupakan daripada pihak pembangkang, terdiri lapan orang wakil Umno, dua dari MCA, masing-masing satu dari MIC, PAS, PBB, LDP, IPF dan Gerakan.

Dengan kelulusan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan ini, pilihan raya pada masa hadapan akan menyaksikan kelayakan usia mengundi dan bertanding sebagai calon pada umur 18 tahun, berbanding 21 tahun sebelum ini.

Selain itu, pendaftaran pengundi juga akan dilakukan secara automatik.