Skip to main
Logo Malaysiakini

Membina semula pemerintahan dunia Islam

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

ULASAN | Alliance of Muslim Nations (AMN) mungkin jarang disebut oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad namun ia berpotensi untuk membentuk semula pemerintahan dunia.

Jelas, idea yang masih dirangka ini telah berada di fikirannya untuk seketika. Idea ini disebut dalam perbualan Dr Mahathir bersama Presiden Recep Tayyip Erdogan, ketika beliau membicarakan kepentingan Malaysia, Pakistan, dan Turki dalam mengurangkan kebergantungan terhadap kuasa besar di dunia ini.

Iran, Indonesia, dan Qatar juga perlu berada dalam senarai tersebut. Tiga negara ini merupakan negara Islam paling strategik di dunia, walaupun Iran mungkin berada di bawah sekatan Amerika Syarikat.

Tetapi Iran kini sedang membangunkan alternatif sistem pembayaran komersial bersama Rusia dan China, untuk mengatasi dominasi AS di dalam Swift Banking System.

Pakistan merupakan “iron brother” kepada China, dengan pemahaman yang signifikan terhadap politik dalaman China.

Ketika Malaysia menghadapi masalah yang sama, China juga memerlukan bantuan Pakistan untuk mengatasi sebarang gangguan di Laut China Selatan.

Qatar kaya dengan cecair gas asli (LNG), begitu juga dengan Malaysia. Qatar dan Malaysia boleh mengurangkan penggunaan tenaga di China, yang bergantung kepada arang batu sebanyak 70 peratus, seterusnya mengurangkan masalah pencemaran dan ancaman perubahan iklim.

Indonesia juga memainkan peranan besar sebagai pengeluar utama LNG, bersama-sama Malaysia berkuasa di sepanjang Selat Melaka dan Indo-pasifik.

Pada masa yang sama, Turki mengawal Selat Bosphoros, menjadikan Amerika Syarikat dan Rusia, termasuk China, Perancis, dan United Kingdom, menghormati negara itu.

Andai kata wujudnya AMN, G6 versi Islamik dapat dibentuk. Keanggotaan dari negara Muslim yang lain amat dialu-alukan supaya dapat memperkasakan gabungan ini.

Apabila Malaysia menjadi sebahagian daripada AMN ini, tidak perlu risau kepada keanggotaan Indonesia dalam G20 dan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC).

Selagi Malaysia dan Turki, sebagai rakan kongsi sektorial ASEAN, dapat membuat gambaran mengenai senario di atas dengan cara yang komprehensif dan strategik, tiada sebab mengapa dunia Islam harus mengikut keinginan kuasa luar.

Alliance of Muslim Nation mengawal semua laluan maritim yang penting dan kritikal, antaranya di Selat Melaka, Teluk Oman, Selat Hormuz, dan Selat Bosphoros.

Memandangkan perdagangan maritim tiga kali ganda lebih murah daripada pengangkutan barangan melalui kereta api, impak dunia Islam akan menjadi penting di dalam perdagangan global.

Seperti yang dikatakan oleh Dr Mahathir ketika pemukiman PKR di Port Dickson pada minggu lepas, tetap berdiri walaupun dipisahkan, bersatu ketika jatuh.


DR RAIS HUSSIN ialah presiden dan ketua pegawai eksekutif badan pemikir berfokuskan penyelidikan dasar berteraskan data, Emir Research. Ia ditunjangi nilai-nilai konsultansi, kesederhanaan dan kerapian.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.