Skip to main
Logo Malaysiakini

NGO saran rombak dasar mengenai dadah

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Kerajaan perlu meneliti semula dasar mengenai penyalahgunaan dadah, terutama berkaitan penguatkuasaan, pencegahan dan pemulihan dalam usaha memerangi gejala dadah dengan lebih berkesan.

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Lee Lam Thye berkata kajian dasar itu perlu selari dengan perkembangan semasa pengedaran dadah yang kini boleh didapati secara dalam talian.

“Kita melihat dasar yang sedia ada ini telah lama dibuat dan kini negara berdepan dengan dadah jenis sintetik yang boleh dihasilkan dalam negara.

“Perbincangan bersama Agensi Antidadah Kebangsaan dan badan bukan kerajaan berkaitan perlu diadakan dalam masa terdekat bagi merombak dasar mengenai dadah ini,” katanya kepada Bernama.

Semalam, kenyataan Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata masalah dadah di negara ini berada pada tahap kritikal dan sekiranya langkah tegas tidak diambil, Malaysia boleh menjadi seperti Colombia.

Jumlah kes meningkat dua kali ganda dan ada anggota polis didapati mengambil dadah, kata Abdul Hamid.

- Bernama