Skip to main
Logo Malaysiakini

IPCMC: Menteri ambil maklum kebimbangan berkaitan kuasa PM

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Kumpulan masyarakat sivil menegaskan keperluan untuk memansuhkan kuasa perdana menteri bagi melantik pesuruhjaya, seperti disebut dalam Rang Undang-Undang (RUU) 2019 Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

Menteri undang-undang Liew Vui Keong berkata, mereka turut mencadangkan skop salah laku bawah IPCMC diperluas untuk melindungi semua operasi polis tanpa mengira lokasi.

“Saya maklum tentang apa yang mereka telah tanya dan saya berjanji akan memberikan maklum balas dan jawapan kepada mereka.

“Kita akan bertemu semula pada awal bulan September dan jawapan akan diberikan dalam tempoh dua minggu dari sekarang,” katanya pada sidang akhbar selepas pertemuan bersama wakil-wakil NGO itu.

Sebelum itu, Liew bertemu dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Majlis Peguam dan beberapa NGO termasuk Suara Rakyat Malaysia (Suaram), kumpulan peguam Lawyers for Liberty dan Human Rights Watch (HRW).

Sementara itu, Liew berakta RUU tersebut akan dilaksanakan apabila kabinet telah mencapai kata persetujuan bersama.

Tambahnya, beliau turut merancang untuk melibatkan ahli parlimen pembangkang dalam perbincangan isu IPCMC.

RUU tersebut dibentangkan untuk bacaan yang pertama dalam sesi Dewan Rakyat yang lalu. Liew menjangkakan bacaan kedua dan ketiga akan diadakan pada 7 Oktober ini.

[Baca berita asal]