Rizab antarabangsa BNM meningkat AS$103.9b pada 31 Julai
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$103.9 bilion pada 31 Julai 2019 daripada AS$103.3 bilion yang direkodkan pada 15 Julai 2019.
BNM dalam satu kenyataan berkata, kedudukan rizab itu adalah mencukupi untuk membiayai 7.6 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang luar negera jangka pendek.
Komponen utama rizab antarabangsa itu merangkumi rizab mata wang asing sebanyak AS$97.7 bilion, kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.2 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.1 bilion), emas (AS$1.8 bilion), dan aset simpanan yang lain (AS$2.1 bilion).
Aset seperti emas, pertukaran asing serta lain-lain rizab termasuk SDR berjumlah sebanyak RM430.33 bilion, Kertas Kerajaan Malaysia (RM2.26 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM840.33 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM6.91 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) serta lain-lain aset (RM12.34 bilion).
Modal dan liabiliti yang terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM141.72 bilion), mata wang dalam edaran (RM109.25 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM157.17 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM16.59 bilion), lain-lain deposit (RM3.04 bilion), kertas Bank Negara (RM18.62 bilion), peruntukan SDR (RM7.72 bilion) serta lain-lain liabiliti (RM2.63 bilion).
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai