PLUS sedia bantu siasatan kes gaduh maut di lebuh raya
PLUS Malaysia Berhad bersedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan berhubung kes kemalangan yang berlaku berhampiran persimpangan Southville City, Bangi, Kuala Lumpur petang semalam.
PLUS dalam kenyataan hari ini melahirkan rasa sedih dan kesal terhadap insiden yang menyebabkan kehilangan nyawa seorang pengguna lebuh raya itu.
Menurut pengendali konsesi lebuh raya itu, syarikat juga tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang berkelakuan agresif dan membahayakan pengguna lebuh raya lain.
“PLUS menasihatkan agar pengguna lebuh raya yang terlibat di dalam kemalangan supaya segera menghubungi pihak polis atau melaporkannya di balai polis yang berdekatan,” menurut kenyataan itu.
Dalam kejadian pukul 1.40 petang itu, Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29, maut setelah berlaku perselisihan faham dalam kemalangan kecil di Kilometer 239 Lebuhraya Utara Selatan, Kajang, berhampiran susur Bandar Baru Bangi.
Berikutan itu sepasang suami isteri, masing-masing berumur dalam lingkungan awal 40-an dan lewat 30-an ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai