Skip to main
Logo Malaysiakini

'Teo tak nafi DAP berdepan krisis keyakinan kerana isu Jawi'

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Stiausaha Antarabangsa DAP, Teo Nie Ching tidak menafikan bahawa parti itu sedang berdepan dengan krisis keyakinan akibat perdebatan mengenai pelaksanaan pengenalan tulisan Jawi dalam buku teks bahasa Melayu di sekolah Cina dan Tamil.

Menurut laporan bertajuk "DAP menghadapi krisis keyakinan" - timbalan menteri pendidikan itu semasa diwawancara oleh akhbar Cina Oriental Daily - tidak menafikan bahawa parti berkenaan sedang melalui laluan yang kasar.

Melangkah ke hadapan, Teo percaya bahawa adalah penting untuk mengadakan lebih banyak dialog dengan pihak berkepentingan.

Beliau juga berkata dirinya secara peribadi bersedia untuk menerangkan inisiatif khat kementerian kepada orang ramai.

Walaupun menyediakan soalan sukar semasa wawancara secara bersemuka adalah perlu, katanya, seseorang itu tidak dapat melarikan diri daripada memberikan jawapan kepada orang ramai.

"Dialog saya dalam beberapa minggu lalu sangat sengit.

"Tetapi saya percaya bahawa melalui dialog ini, kita dapat memahami apa yang menjadi dasar dan apa yang boleh kita lakukan untuk menangani isu-isu ini," katanya kepada akhbar itu.

Walaupun gagal mencapai "100 peratus konsensus"  Teo percaya bahawa kerajaan sekurang-kurangnya dapat cuba dan menyelesaikan perbezaan di kalangan pihak berkepentingan dan mencari persefahaman sama dengan mereka.

Awal bulan ini, kementerian mengumumkan bahawa enam halaman mengenai pembelajaran tulisan khat akan dimasukkan ke dalam buku teks bahasa Melayu, darjah empat mulai tahun depan. Walau bagaimanapun ia menegaskan bahawa pelajar tidak akan dinilai mengenai topik tersebut.

Pengumuman itu disambut dengan bantahan pembangkang sengit daripada kumpulan pendidikan Cina dan Tamil serta pemimpin akar umbi DAP.

Kementerian pendidikan kemudian mengurangkan pelajaran khat kepada tiga muka surat, dan menetapkan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah Cina dan Tamil dilaksanakan secara pilihan.

[Baca berita penuh]