Dong Zong rasis, tak suka Melayu, kata Mahathir
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad melabelkan badan pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong sebagai “rasis” kerana mendakwa langkah kerajaan memperkenalkan tulisan Jawi di sekolah sebagai satu bentuk "Islamisasi".
“Dong Zong ini rasis. (Dahulu) kita buat sekolah satu kampus – Sekolah Wawasan – sekolah Cina, sekolah Tamil, dan sekolah kebangsaan di dalam satu kampus.
“Dia tak mahu (kerana) takut anak dia konon bercampur dengan orang Melayu. Jadi dia (Dong Zong) tak suka orang Melayu.
“Semua dia bantah. Tak pernah setuju dia dengan apa-apa pun (keputusan kerajaan),” kata beliau kepada media dalam satu majlis ramah mesra di Langkawi, hari ini.
Kumpulan pendikan Cina itu baru-baru ini melancarkan satu petisyen bagi membantah pelaksanaan pengenalan tulisan Jawi dalam buku teks bahasa Melayu di sekolah Cina dan Tamil.
Bantahan itu tetap diteruskan di sebalik pengumuman Kementerian Pendidikan pada 8 Ogos lalu bahawa pembelajaran tulisan Jawi di sekolah Cina dan Tamil akan dilaksanakan secara pilihan, dengan guru diberi kuasa menetapkan kaedah pengajaran.
"Kita dah buat keputusan dah kalau tak nak ambil tukarlah," katanya.
Malaysiakini telah menghubungi Dong Zong untuk mendapatkan ulasan mereka.
Dr Mahathir seterusnya menerangkan bahawa pelaksanaan pengenalan tulisan Jawi dalam buku teks bahasa Melayu telah diluluskan pada pada tahun 2012, oleh kerajaan BN dahlulu.
"Saya pikir kerajaan (BN) dulu lulus itu nak ambil hati orang Melayu tapi tak
buat apa-apa.
"Bbila (berdepan) orang Cina dia (BN) cakap benda orang Cina suka, bila (dengan) orang
Melayu (mereka) cakap (apa yang) orang Melayu suka.
"Itu politik dia. Kita tak cakap macam itu," kata Dr Mahthir.
'Dulu kalau complaint masuk dalam'
Awal bulan ini, Kementerian Pendidikan memutuskan untuk memperkenalkan enam muka surat berkaitan seni khat dan tulisan Jawi dalam buku teks Bahasa Malaysia Darjah 4 di sekolah Cina dan Tamil mulai tahun depan.
Walau bagaimanapun kerajaan menegaskan bahawa pelajar tidak akan dinilai mengenai topik tersebut.
Pengumuman itu disambut dengan bantahan pembangkang sengit daripada kumpulan pendidikan Cina dan Tamil serta pemimpin akar umbi DAP.
“Kenapa Dong Zong masa itu tak ada complaint. Sekarang baru complaint pasal sekarang ini bebas.
“Dulu kalau complaint masuk dalam (penjara). Jadi sekarang i ni complaint lah,” katanya dengan nada sinis.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai