Rais Yatim: Amat baik Zakir Naik dipulangkan saja ke India
Bekas menteri Rais Yatim menyokong gesaan agar pendakwah Islam tersohor, Dr Zakir Naik untuk dihantar pulang semula ke India.
Rais berkata, ini selepas Zakir, seorang warganegara India, mencetuskan kontroversi di negara ini.
“Sebelum Zakir Naik menetap di sini kita harmonis. Kini kaum Hindu pula dikacaunya dgn komen-komen memperkecilkan mereka.
“Zakir sedang berperanan bahaya batu api. Amat baik dia dipulangkan saja ke India,” katanya dalam satu hantaran di Twitter.
Rais berkata, keputusan membenarkan Zakir, yang dikehendaki oleh pihak berkuasa India atas dakwaan terbabit pengubahan wang haram, menetap di negara ini telah mewujudkan satu isu diplomatik.
“Kerana dia, hubungan Malaysia-India juga muram. Kita ada banyak kerja lain lagi,” katanya.
Zakir, dalam ucapannya minggu lalu, dilaporkan berkata, penganut Hindu di Malaysia lebih menyokong Perdana Menteri India Naderan Modi daripada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Penceramah kontroversi itu walau bagaimanapun hari ini mendakwa ucapannya berhubung penganut Hindu di negara ini diambil di luar konteks.
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad semalam mengulangi kenyataannya bahawa Dr Zakir Naik tidak akan diusir keluar dari Malaysia di sebalik desakan daripada anggota jemaah menteri supaya pendakwah Islam kontroversial itu diekstradisi ke India.
Walau bagaimanapun, Mahathir berkata Malaysia mengalu-alukan jika ada mana-mana negara lain yang sanggup menerima Zakir.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai