Zakir Naik beri Kula 48 jam untuk minta maaf
Dr Zakir Naik memberikan 48 jam kepada Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran untuk meminta maaf kepadanya atau berdepan tindakan undang-undang di mahkamah.
Zakir juga meminta “jumlah yang sesuai” sebagai bayaran ganti rugi, atas rasa malu ditanggungnya, penghinaan dan aib yang ditanggungnya susulan kenyataan fitnah padanya.
Surat tuntutan guaman itu disediakan oleh peguam Akberdin Abdul Kader dan diserahkan ke pejabat Kulasegaran di Putrajaya hari ini.
Kulasegaran didakwa memfitnah Zakir dalam kenyataan media pada 13 Ogos yang mengkritik ucapannya di Kelantan.
Zakir antaranya berkata penganut Hindu di Malaysia lebih menyokong perdana menteri India berbanding perdana menteri Malaysia.
Zakir bagaimanapun berkata kenyataannya itu diputar belit.
Akberdin antaranya berkata kenyataan Kulasegaran menggambarkan anak guamnya tidak jujur, menyeleweng agama Islam untuk kepentingan peribadi dan secara tidak jujur mendakwanya berkata penganut Hindu Malaysia tidak setia pada negara.
Akberdin berkata segala kenyataan itu tidak perlu dan mendedahkan anak guamnya pada kebencian awam dan penghinaan.
Zakir juga mendakwa Kulasegaran menyalah guna kepala surat kementerian untuk kepentingan peribadi dan keuntungan politik.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai