Skip to main
Logo Malaysiakini

Dr M: Label rakyat Malaysia ikut negeri tak sihat untuk negara

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan penggunaan slogan yang menggunakan sentimen negeri untuk merujuk rakyat Malaysia termasuklah 'Sabah Untuk Rakyat Sabah' atau 'Sarawak Untuk Rakyat Sarawak'.

Jelas Dr Mahathir, melabelkan rakyat Malaysia berdasarkan sesuatu wilayah tidak baik untuk negara.

"Saya mahu ingatkan semua orang bahawa kita semua rakyat Malaysia.

"Kita mungkin tinggal di Sabah, Sarawak, atau di Semenanjung, tapi kita semua rakyat Malaysia.

"Idea yang bercakap tentang Sabah untuk rakyat Sabah atau Sarawak untuk rakyat Sarawak dan Semenanjung untuk orang Semenanjung adalah tidak sihat.

"Kita harap kita semua dapat menganggap diri sebagai rakyat Malaysia, dan bukannya wilayah tertentu," katanya pada sidang media ketika kunjungan di ibu pejabat AirAsia di Sepang hari ini.

Slogan 'Sabah Untuk Rakyat Sabah' atau 'Sarawak Untuk Rakyat Sarawak' antara lain sering digunakan oleh orang politik atau NGO ketika menggesa agar negeri mereka diberikan autonomi.

Bulan lalu, Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim menggesa agar penduduk Johor berhenti menggunakan istilah "Bangsa Johor".

[Baca berita asal]