Skip to main
Logo Malaysiakini

Mat Hasan harap keputusan berhikmah Dr M

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berharap Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan berhikmah dalam menangani kontroversi sekitar isu Dr Zakir Naik.

Mengakui keadaan sukar buat Mahathir, Mohamad berkata Mahathir harus mengimbangi antara kepentingan nasional, hak asasi Zakir jika dihantar pulang dan pertimbangan politik pelbagai kaum di Malaysia.

“Tidak mengusir beliau akan dilihat sebagai penerimaan kata-kata beliau yang menyinggung perasaan, malah tidak menghormati kaum-kaum tertentu di Malaysia.

“Namun begitu, jika dihantar pulang, nyawa dan hak asasi beliau akan terancam, maka kita mesti bertindak rasional,” kata Mohamad.

Nasihat buat Zakir

Dalam kenyataannya malam tadi, Mohamad berkata jika diyakini hak asasi Zakir akan dikompromi, Malaysia bertanggungjawab bertindak dengan bijaksana berdasarkan amalan terbaik perundangan antarabangsa.

 Sementara itu, beliau juga meningatatkan Zakir bahawa beliau bertanggungawab berlaku bijaksana dan menunjukkan teladan bahawa Islam itu kebaikan untuk semua.

Ini kerana, katanya, beliau telah dilayan dengan terhormat di negara ini.

“Jika anda tidak berupaya melakukan itu, maka anda tidak boleh menyalahkan kerajaan Malaysia jika ia bertindak ke atas saudara,” katanya.