Skip to main
Logo Malaysiakini

Himpunan anti-Lynas: Adun PKR beri keterangan pada polis

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Teruntum Sim Chon Siang hari ini mengesahkan telah memberi keterangan kepada polis bagi membantu siasatan perhimpunan anti-Lynas di Taman Gelora di Kuantan, Ahad lepas.

Sim berkata pegawai penyiasat kes tersebut mengambil keterangannya hampir sejam di pejabatnya di pejabat pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Teruntum di Kuantan, hari ini.

Turut memberi keterangan ialah peguam Hon Kai Ping yang merupakan peguam kepada kumpulan anti-Lynas, Save Malaysia Stop Lynas (SMSL).

"Kita memberikan kerjasama yang baik kepada polis dan sedia membantu apa sahaja yang diminta," katanya kepada pemberita di Kuantan, hari ini.

Sim antara ahli politik yang dilihat berada di Taman Gelora semasa perhimpunan itu.

Ahad lepas, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali mengesahkan perhimpunan pada 8 hingga 9.30 pagi yang hanya menarik lebih 200 orang itu tidak memenuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.

Beliau berkata SMSL selaku penganjur tidak menerima kelulusan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) selaku pemilik Taman Gelora untuk mengadakan perhimpunan di situ, yang merupakan antara peruntukan perlu dipenuhi mengikut akta tersebut.

- Bernama