Skip to main
Logo Malaysiakini

Kerajaan tidak akan jual Carcosa Seri Negara

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Isham Ishak memberi jaminan bangunan Carcosa Seri Negara yang berusia setengah abad tidak akan dijual.

Beliau berkata kedua-dua bangunan - Carcosa dan Seri Negara - tidak mungkin dirobohkan kerana ia adalah bangunan warisan yang dilindungi di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.

"Ia tidak dibenarkan untuk dijual," katanya pada sidang media selepas menghadiri Persidangan Pelancongan Dunia (WTC) 2019 di Kuala Lumpur hari ini.

Sebaliknya, beliau berkata kementerian akan membangunkan semula dan memelihara tapak bersejarah milik kerajaan itu sebagai tarikan pelancongan yang baru.

Kementerian tersebut yang mengambil alih Carcosa Seri Negara dari Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli pada Mei lalu telah bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya untuk menjalankan analisis forensik bagi memeriksa keselamatan bangunan yang terletak di kawasan seluas 33 ekar itu.

Beliau berharap kajian forensik tersebut akan siap pada akhir tahun ini bagi mmebolehkan kementerian mengeluarkan Permintaan Untuk Cadangan (RFP) bagi membuka tender untuk projek pembangunan semula di Carcosa Seri Negara.

[Berita penuh menyusul]