TDM tubuhkan lembaga siasatan kenal pasti punca tragedi pegawai maut
Tentera Darat Malaysia (TDM) akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca tragedi seorang pegawai tentera darat maut ditembak ketika demonstrasi di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah, pagi tadi.
Menurut sumber TDM, lembaga siasatan itu ditubuhkan selepas proses pengebumian pegawai 11 Rejimen Gerak Khas, Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya selesai.
Lembaga siasatan terbabit dipercayai akan dianggotai antaranya Rejimen Gerak Khas, TDM.
Terdahulu, Bernama melaporkan, acara pelancaran Divisyen Kelima dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia, TDM di Kem Lok Kawi, pagi tadi, bertukar tragedi apabila seorang pegawai yang melakukan gimik operasi maut terkena tembakan.
Pegawai Komando Mej Mohd Zahir, 36, meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi tadi di Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu, selepas dimasukkan ke unit kecemasan.
Allahyarham, anak kepada pelakon serta pelawak veteran AR Badul, bertugas di Kem Sungai Udang, Melaka dan berasal dari Kuala Lumpur merupakan seorang bapa kepada lima anak berusia antara 5 bulan hingga 9 tahun.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai