Skip to main
Logo Malaysiakini

Pemandu maut kereta bertembung bas ekspres

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Seorang pemandu kereta pacuan empat roda maut selepas keretanya bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kampung Segindai Jalan Ranau - Sandakan, dekat Ranau malam tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sabah, mangsa dikenali sebagai R Ramesh, 50, dan dia maut di tempat kejadian.

Kenyataan dikeluarkan menyebut, Balai Bomba dan Penyelamat Ranau menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 10.22 malam dan menghantar dua jentera yang diketuai oleh Norazly Mohd Nauth bersama empat anggota.

Katanya pemandu bas ekspres tersebut mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Ranau untuk menerima rawatan.

Bagaimanapun, 41 penumpang bas ekspres itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

- Bernama