Semua sekolah di PD ditutup hari ini
Semua 65 sekolah di Port Dickson, Negeri Sembilan, ditutup hari ini susulan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) di daerah itu melebihi 200.
Setakat pukul 8 pagi ini, IPU di Port Dickson merekodkan bacaan 211 iaitu sangat tidak sihat.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata semua pelajar terlibat tidak dibenarkan hadir ke sekolah.
“Manakala guru-guru masih perlu hadir ke sekolah tetapi perlu memakai penutup hidung dan mulut untuk melindungi daripada jerebu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan akan terus memantau keadaan dan akan membuat makluman dari semasa ke semasa.
Setakat pukul 8 pagi ini, IPU di dua lagi daerah di negeri ini merekodkan bacaan tidak sihat iaitu Nilai (199) dan Seremban (174).
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai