Kes mula bicara, Ku Nan gagal ketepi hakim
Perbicaraan kes rasuah RM1 juta melibatkan bekas menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor akan bermula hari ini.
Ini susulan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini menolak permohonan untuk mengetepikan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali daripada mengadili kes itu.
Hakim mengarahkan supaya perbicaraan dimulakan.
Perbicaraan kes itu sepatutnya bermula semalam.
Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN semalam memfailkan permhononan untuk mengetepikan hakim atas alasan bimbang tidak akan mendapat perbicaraan yang adil.
Ini susulan Mohd Nazlan telah menjatuhkan hukuman terhadap ahli perniagaan Tan Boon Eng, seorang lagi tertuduh dalam kes itu.
Pada 17 September 2019, Tan mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM1.5 juta oleh mahkamah.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai