Skip to main
Logo Malaysiakini

Rusuhan di Papua: 24 maut, 72 cedera

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

GLOBAL | Jumlah kematian akibat rusuhan di wilayah timur Papua, Indonesia meningkat 24 orang pada Selasa dengan 72 yang lain cedera, lapor agensi berita Xinhua.

Ratusan penunjuk perasaan bertindak ganas dengan membakar rumah dan bangunan di Wamena dan Waena, selepas khabar angin mengenai seorang guru sekolah tinggi mengeluarkan kata-kata kesat serta menghina pelajar tersebar, tetapi pihak polis mengesahkan khabar angin itu sebagai tidak benar.

"Jumlah korban di Wamena meningkat, empat lagi mayat ditemui, manakala di Waena dua anggota polis cedera," kata jurucakap tentera wilayah Kolonel Eko Daryanto.

Turut terkorban seorang askar, katanya.

Katanya, pihak berkuasa tempatan masih menjalankan pemeriksaan di bangunan pejabat kerajaan, kedai dan lain-lain tempat yang turut musnah akibat dibakar.

"Mungkin jumlah mangsa yang terkorban akan meningkat," kata Eko.

- Bernama