Skip to main
Logo Malaysiakini

Polis terus kesan isteri lelaki ditembak polis

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Usaha mencari dan mengesan G Moganambal iaitu isteri kepada seorang daripada tiga lelaki yang ditembak mati polis di Batu Arang, Rawang dekat Kuala Lumpur, pada 14 September lepas masih dijalankan.

Ketua Polis Selangor Noor Azam Jamaludin berkata setakat ini, wanita berusia 35 tahun yang dilaporkan hilang itu belum ditemui.

“Polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menyalurkannya ke balai polis berhampiran,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada 18 September lepas, Noor Azam mengesahkan dua daripada tiga individu yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Batu Arang, Rawang, Selangor itu merupakan ahli kongsi gelap 08.

Noor Azam turut menafikan dakwaan Moganambal berada dalam kereta Volkswagen Polo dinaiki tiga lelaki yang ditembak mati selepas di kejar polis.

- Bernama