Trump sekat pegawai kanan Iran, Venezuela masuk ke Amerika
GLOBAL | Amerika Syarikat (AS) mengenakan larangan terhadap pegawai kanan Iran dan Venezuela daripada memasuki negara itu, lapor agensi berita Sputnik memetik kenyataan Rumah Putih.
"Saya telah memutuskan untuk menyekat dan melarang pegawai kanan rejim Nicolas Maduro masuk ke AS sebagai imigran atau bukan imigran," kata Presiden Donald Trump dalam satu kenyataan dikeluarkan Rumah Putih pada Rabu.
Dalam satu lagi pengisytiharan, Trump turut berkata pegawai kanan kerajaan Iran juga dilarang memasuki AS.
-Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai