Isu doa: Polis ambil keterangan lima saksi, sembilan lagi akan dipanggil
Polis telah merakamkan kenyataan daripada lima individu, dan akan memanggil sembilan lagi sebagai sebahagian daripada sisatan terhadap dakwaan bahawa Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist, Pulau Pinang membacakan doa Kristian semasa majlis pemberian anugerah, minggu lalu.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang D5, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, SAC Mior Faridalatrash Wahid berkata, selain mereka itu, ibu bapa atau saksi lain yang menghadiri majlis tersebut akan juga dipanggil.
“Setakat ini, lima saksi telah dipanggil dan 10 laporan polis telah difailkan terhadap sekolah itu," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman hari ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 505 C Kanun Keseksaan, iaitu mendatangkan khianat awam dengan niat hendak mengapi-apikan mana-mana golongan atau kaum untuk melakukan sesuatu kesalahan terhadap golongan lain.
Ini susulan isu amaran keras oleh Kementerian Pendidikan ke atas sekolah itu.
Pada 30 September lalu, Ketua Pengarah Pelajaran Dr Amin Senin memberi amaran keras kepada sekolah itu dan sedang mempertimbang keperluan untuk mengambil tindakan tata tertib.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai