Peralihan kuasa: Kalau buat kerja separuh, susahlah - PM
Soal peralihan kuasa antara Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Anwar Ibrahim menjadi isu yang menjadi subjek spekulasi dan hangat diperkatakan, dan terbaru ia dibangkitkan oleh pengasas dan bekas timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali.
Ditanya sama ada beliau menetapkan tarikh khusus untuk peralihan kuasa bagi mengurangkan kerisauan orang ramai, Mahathir tidak menjawabnya secara terus tetapi menekankan bahawa masih ada kerja yang perlu dilakukan.
"Kita perlu kaji keadaan, jika kerja tak dibuat atau dibuat separuh, susahlah.
Beliau juga berkata soal menyegerakan peralihan kuasa - seperti yang dibangkitkan Syed Husin - tidak pernah dibincangkan.
Sebelum ini, Mahathir berulangkali menyatakan komitmennya terhadap janji menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar tetapi tidak meletakkan tempoh khusus untuk itu.
Anwar pula berkata beliau yakin Mahathir akan mengotakan janji itu.
Pada 29 September lalu, Syed Husin mengkritik Dr Mahathir kerana tidak menyatakan pelan peralihan kuasa yang jelas serta mempersoal pemimpin PH lain yang menurutnya tidak mampu lagi membantahnya.
"Rakyat tertanya tanya apakah Anwar, Muhyiddin Yassin, Mohamad Sabu dan Lim Kit Siang sudah dibonsaikan oleh Mahathir?
"Sebenarnya Mahathir boleh diminta bersara sekarang oleh Majlis Presiden PH kerana majlis ini adalah kuasa tertinggi untuk menentukan bilakah Mahathir perlu turun. Mahathir tidak ada kuasa untuk menentukan bilakah beliau mahu menyerahkan kuasa," katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai