Azwanddin akan hadir Kongres Maruah Melayu
Badan bukan kerajaan (NGO) Gagasan Tiga (G3) yang diketuai oleh pengerusinya Azwanddin Hamzah akan turut menghadiri Kongres Maruah Melayu yang bakal berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada Ahad ini.
Timbalan Pengerusi G3 Amran Ahmad Nor dalam satu kenyataan hari ini, dia menyeru supaya NGO lain menyertai G3 pada Ahad ini bagi menghantar mesej kepada kongres tersebut dan juga kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang akan merasmikan kongres berkenaan agar terus membela Melayu dan Islam di negara ini.
“Kehadiran saya bersama-sama Azwanddin selaku pengerusi G3 dan semua pucuk pimpinan adalah atas kepentingan Melayu, agama Islam dan mempertahan perlembagaan negara.
“Keputusan hadir pada kongres itu dibuat sebulat suara oleh semua pimpinan G3 selepas perdebatan hangat antara semua pimpinan yang akhirnya meletakkan kepentingan bangsa, agama dan negara sebagai keutamaan,” kata Amran dalam satu kenyataan hari ini.
Untuk rekod, Azwanddin juga merupakan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM). Dia sebelum ini terlibat dengan saman fitnah terhadap pemimpin DAP seperti Teresa Kok dan Liew Chin Tong. Bagaimanapun ia telah diselesaikan dengan cara baik.
Minggu lalu, Dr Mahathir yang juga merupakan pengerusi Bersatu mengesahkan akan merasmikan dan menyampaikan amanatnya di kongres itu bagi membincangkan masalah orang Melayu dalam pelbagai bidang.
Untuk rekod, Bersatu satu-satunya parti mewakili orang Melayu dan bumiputera dalam Pakatan Harapan (PH). Dua lagi rakan penting gabungannya - PKR, Amanah dan DAP - adalah parti pelbagai kaum.
Selain PAS dan Bersatu, Ketua Eksekutif Sekretariat Kongres Maruah Melayu, Dr Zainal Kling turut menjemput parti politik majoriti Melayu lain dari kerajaan dan pembangkang - Umno, Amanah dan PKR.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai