Anwar jamin Mahathir akan serah kuasa kepadanya
Walaupun penyokongnya mempersoalkan kemungkinan terdapat konspirasi untuk mengagalkan pelan peralihan kuasa perdana menteri, namun presiden PKR, Anwar Ibrahim yakin dia tetap akan menjadi perdana menteri seterusnya.
"Saya berpuas hati dengan jaminan berterusan (Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad), saya jamin beliau akan menghormati janjinya untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar," katanya.
Mengenai tarikh Dr Mahathir akan berbuat demikian, Anwar berkata: "Kami akan membincangkan tarikh kemudiannya."
Menurutnya, Mahathir konsisten dengan janjinya untuk melepaskan jawatannya dan menghormati konsensus dalam Pakatan Harapan.
"Selalu menjadi masalah apabila kita memilih dan membuat tafsiran apa yang dikatakan oleh perdana menteri, tetapi secara keseluruhan, secara konsisten, beliau berkata beliau akan menghormati perjanjian yang dibuat.
"Saya fikir (kita sepatutnya) memberikan kredit kepada perdana menteri. Dia telah melakukan yang terbaik dalam tempoh peralihan yang sangat mencabar ini," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam pagi ini.
Sementara itu, Anwar juga menyifatkan bidasan Syed Husin Ali, pengasas bersama PKR terhadap Mahathir berhubung isu berkenaan sebagai pandangan peribadi beliau.
Minggu lalu, Mahathir berkata beliau paling lama mempunyai tiga tahun lagi. Sebelum itu, Anwar memberitahu Bloomberg bahawa beliau menjangkakan dirinya akan menjadi perdana menteri mulai tahun depan.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai