Skip to main
Logo Malaysiakini

Cikgu di Miri dapat ‘Oscar’

Artikel ini sudah 5 tahun diterbitkan

Selalu mendengar masalah murid, seorang guru sebuah sekolah di Miri, Sarawak mendapat anugerah ‘Oscar’ dari pelajarnya.

Guru wanita berumur 30 tahun dari Pahang itu mendapat hadiah itu dua tahun lalu daripada pelajar yang sedang menunggu keputusan STPM.

Lebih menarik, pelajar sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Lutong, Miri itu, Grissheidha Erma Micheal bukan anak muridnya pun.

“Dalam kepala saya, saya fikir dan nampak cikgu saja, saya tak nampak cikgu lain,” kata Grissheidha, seorang pelajar Iban, yang tinggal di asrama.

Grissheidha, 21, kini sedang menjalankan pengajiannya dalam bidang Pengajian Malaysia dengan Pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Cikgu yang enggan namanya didedahkan itu berkata Grissheidha sering meluahkan perasaannya di bilik ketika selepas habis waktu belajar.

Grissheidha berkata dia meluahkan perasaan kepada cikgu itu, terutamanya selepas susah hati menjelang STPM.

Pelajar tersebut memastikan dia berjumpa dengan guru itu setiap minggu pada hari Jumaat.

Sementara itu, cikgu itu juga mengaku agak hairan pada mulanya kepada Grissheidha sering mengadu masalah padanya.

“Saya percaya bahawa pendekatan yang saya gunakan selama ini iaitu kasih sayang yang menambat hati dia juga,” tambahnya.