Utusan Malaysia berhenti operasi hari ini?
Spekulasi mengatakan Utusan Malaysia dan Kosmo! akan menghentikan operasi hari ini dan semua pekerja akan diberi notis pemecatan tengah hari ini.
Seorang pekerja Utusan berkata, ibu pejabat akhbar itu di Jalan Chan Sow Lin sibut petang semalam dengan pekerja mengemas barang masing-masing, susulan pengumuman tidak rasmi oleh pentadbiran.
Mereka dimaklumkan untuk datang ke pejabat tengah hari ini untuk diberi taklimat berkenaan perkembangan terbaru syarikat.
"Pekerja diminta mengosongkan pejabat dalam masa 48 jam. Akan ada pengumuman rasmi esok (Rabu).
"Mereka akan beri surat tetapi setakat ini, kami tidak jelas bila mereka akan bayar gaji tertunggak dan bagaimana bentuk pampasan," katanya kepada Malaysiakini semalam.
Perkembangan itu susulan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd mengumumkan akan melupuskan 70 peratus saham anak syarikat milik penuhnya, Dilof Sdn Bhd kepada Aurora Mulia Sdn Bhd - milik ahli perniagaan Syed Mokhtar Al-Bukhary.
Sepanjang setahun ini, Aurora Mulia giat mengembangkan pegangannya dalam Media Prima Bhd. Syarikat itu kini memegang 31.22 peratus saham dalam Media Prima.
Seorang lagi pekerja yang enggan dinamakan berkata, masih ada harapan buat pekerja kerana ada spekulasi syarikat itu akan membuat permulaan baru dan mengambil semula mereka.
Malaysiakini melihat satu pesanan yang disebarkan di Whatsapp bertajuk 'Spekulasi Terbaru' yang mengatakan Utusan Malaysia akan menyelesaikan hutang berjumlah RM230 juta, dan kemungkinan besar semua pekerja akan ditamatkan khidmat, dengan 60 lagi akan dimabli semula.
Menurut pesanan itu lagi, belum pasti sama ada akhbar itu akan meneruskan penerbitan ketika tempoh peralihan.
Pada masa ini, Utusan Melayu (Malaysia) memiliki kira-kira 800 pekerja.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai