Siasatan LTTE: Beri ruang kepada polis, kata Anwar
Presiden PKR, Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan cadangan seorang penyokong kerajaan bahawa Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai Pertahanan dan Hal Ehwal Dalam Negeri (PSC) menyiasat penahanan tujuh individu yang didakwa mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
“Pendapat peribadi saya tidak perlu begitu, kita harus beri ruang kepada polis.
“Polis tidak harus rasa tertekan dengan terlalu banyak gangguan sebab itu saya dalam kes penahanan ini, serah kepada budi bicara polis, dan tentunya KDN untuk menanganinya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Mengenai cadangan PAS supaya kerajaan membentangkan Kertas Putih ke atas LTTE, Anwar berkata perkara itu lebih baik dirujuk kepada kabinet.
Anwar adalah Ahli Parlimen Port Dickson dan pengerusi kaukus parlimen bi-partisan mengenai reformasi dan tadbir urus.
“Pendapat saya, kita harus beri ruang kepada polis jalankan tugas tanpa terlalu banyak persoalan
tetapi kerana terkait dengan SOSMA saya tentu ada.
“Kita perlu konsisten dari awal sudah bantah. Saya nak bedzkan dua perkara ini dan tidak harus berikan apa-apa permasalahan dalam siasatan ini dan keganasan kita tidak boleh beri ruang sama sekali,” katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai